De Hati Malaysia

Untuk Tanahair Tercinta

PM dijangka bersara secara sukarela

Posted by dehati on September 20, 2008

Dari KudaKepang

Majlis Tertinggi UMNO telah menasihati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersara secara sukarela, segera dan terhormat. Jika tidak, kemungkinan besar Abdullah akan disingkirkan oleh majoriti bahagian UMNO yang memulakan perwakilan bahagian masing-masing pada 10 Oktober 2008. Read the rest of this entry »

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

PM tolak gesaan Anwar

Posted by dehati on September 18, 2008

Dari mStar online

KUALA LUMPUR: Kira-kira empat jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa diadakan sidang khas Parlimen sebelum 23 September ini bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata: “Tidak perlu.” Read the rest of this entry »

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Seorang lagi blogger ditahan

Posted by dehati on September 17, 2008

Dari MalaysiaKini

Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya. Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

TINDAKAN ANEH DAN PENUH TANDATANYA

Posted by dehati on September 17, 2008

Dari Kudakepang

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melakukan satu tindakan yang cukup aneh dan menimbulkan banyak spekulasi – menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mengambil pula jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib. Read the rest of this entry »

Posted in ulasan | Leave a Comment »

PM: Anwar kini ancaman ekonomi, keselamatan negara

Posted by dehati on September 17, 2008

Dari mStaronline

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara. Read the rest of this entry »

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Najib kini menteri kewangan, Pak Lah menteri pertahanan

Posted by dehati on September 17, 2008

Dari Malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau menyerahkan jawatan menteri kewangan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengambil alih jawatan menteri pertahanan.

umno ahmad ismail mt meet 100908 abdullah najib pcBercakap dalam satu sidang akhbar tengahari ini, Abdullah berkata, pertukaran jawatan itu berkuatkuasa serta merta. Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Anwar: Lebih 31 MP BN sertai Pakatan

Posted by dehati on September 16, 2008

Dari Malaysiakini

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan lebih daripada 31 ahli parlimen Barisan Nasional telah menyertai Pakatan Rakyat dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa. Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Amerika panggil duta M’sia, bantah operasi ISA

Posted by dehati on September 13, 2008

Dari mStar Online

Amerika Syarikat telah memanggil duta Malaysia ke Washington untuk membantah operasi penangkapan di bawah ISA ketika pembangkang berusaha untuk mengambil alih kuasa di Kuala Lumpur.

Ilango Karuppannan, dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika selepas seorang ahli politik, seorang blogger terkemuka dan seorang wartawan, ditangkap di bawah ISA, yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara, kata satu sumber diplomatik. Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Zaid: Muhyiddin letak jawatan atau disingkir

Posted by dehati on September 13, 2008

Dari Malaysiakini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Zaid Ibrahim berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah meletak jawatan atau disingkirkan jika tidak berpuas hati dengan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ditetapkan pada 2010. Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Lagi tangkapan ISA: Teresa Kok, Raja Petra dan wartawan Sin Chew dalam 12 jam

Posted by dehati on September 13, 2008

Dari mStar Online

KUALA LUMPUR: Operasi penahanan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) menyaksikan tiga orang ditahan dalam 12 jam sejak tengah hari semalam.

Tiga orang itu termasuk pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi. Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Abdullah terkejut Muhyiddin pertikai pelan peralihan kuasa

Posted by dehati on September 11, 2008

Dari mStar Online

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan tempoh peralihan kuasa dengan mendakwa dua tahun adalah terlalu panjang. Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Gerakan ulangi mungkin keluar BN, MCA mahu kekal

Posted by dehati on September 7, 2008

Dari mStar Online

KUALA LUMPUR: Gerakan mengulangi akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika ia tidak dapat memainkan peranan “yang bermakna” dalam perikatan berusia lebih lima dekad itu, kata Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Menjelang 16 September: Ahli Parlimen BN-BBC ke luar negara?

Posted by dehati on September 6, 2008

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Hrkh) -Ketika ramai mula mempersoalkan sama ada sasaran 16 September Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan ataupun tinggal omong-omong kosong, perikatan pembangkang itu menegaskan, pelan mereka masih utuh dan akan menjadi kenyataan “dalam waktu ini.” Read the rest of this entry »

Posted in Berita | 1 Comment »

B.P.R soal siasat kes beri bunga

Posted by dehati on September 5, 2008

Dari http://www.p99ampang.com/

Masih ingat lagikah terhadap pemberian bunga yang di beri Puan Zuraida kepada Hospital Kuala Lumpur ? Semalam Puan Zuraida telah tampil ke Badan Pencegah Rasuah Wilayah Persekutan di atas tuduhan memberi rasuah kepada pihak hospital pada 4 Ogos 2008 berikutan bunga yang di beri. Read the rest of this entry »

Posted in Berita | 1 Comment »

“Pohon Maaf”

Posted by dehati on September 5, 2008

Dari Chedet.com

1. Baru-baru ini Kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-Menteri sibuk memohon maaf kepada orang Cina dan India kerana apa yang dikatakan kata-kata yang dianggap sebagai terlalu perkauman (racist) yang telah disebut oleh beberapa pemimpin Melayu. Read the rest of this entry »

Posted in ulasan | Leave a Comment »

Palsukan Fakta Kemerdekaan

Posted by dehati on September 4, 2008

Oleh Tarmizi Mat Jam

Harakah: Saban tahun, menjelang Ogos nampaknya kerajaan giat berkempen melalui media cetak dan televisyen sambutan hari kemerdekaan. Tujuannya untuk tanamkan kepercayaan bahawa Umnolah yang mempelopori kemerdekaan. Walhal faktanya palsu… Read the rest of this entry »

Posted in ulasan | Leave a Comment »

Dr. M – Kenapa saya tak buat apa-apa

Posted by dehati on September 4, 2008

Dari Chedet.com

1. Kesemua empat komputer di rumah saya tiba-tiba terputus hubungan internet. Saya terfikir adakah semua orang mengalami masalah yang sama?

2. Saya tak boleh akses blog walaupun sebelah pagi boleh. Saya sempat baca sesetengah komen oleh pembaca. Read the rest of this entry »

Posted in ulasan | Leave a Comment »

Dr. M rayu sokongan ubah pemimpin

Posted by dehati on September 4, 2008

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Selepas empat bulan keluar dari Umno, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad secara terbuka meminta sokongan khususnya ahli-ahli Umno untuk membawa perubahan dalam kepimpinan negara dan kerajaan. Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Nik Aziz yakin kerajaan baru bakal ganti BN

Posted by dehati on September 3, 2008

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 3 Sept (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui negara sejak lebih 50 tahun akan diganti kerajaan baru.

Menurutnya, perubahan itu bukan kerana faktor 16 September semata-mata, sebaliknya dasar dan pemikiran pemimpin BN yang ada hari ini perlu diubah. Read the rest of this entry »

Posted in ulasan | Leave a Comment »

Harga minyak mungkin turun sebelum Aidilfitri – Shahrir

Posted by dehati on September 3, 2008

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PUTRAJAYA: Selepas mengalami penurunan sebanyak 15 sen lebih seminggu lalu, harga minyak tempatan mungkin akan diturunkan lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad Shahrir berkata, jika harga pasaran mengalami penurunan secara berterusan, pada paras AS$109 setong, pengguna boleh mengharapkan harga baru menjelang 1 Syawal. Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.