De Hati Malaysia

Untuk Tanahair Tercinta

Kerajaan pakatan rakyat Perak tumbang 31 ogos

Posted by dehati on August 31, 2008

Dari mStar online

PETALING JAYA: Sasaran tarikh 31 Ogos yang diletakkan oleh Barisan Nasional (BN) Perak untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak!

Adakah ia akan menjadi kenyataan?

“Saya menunggu tarikh itu (31 Ogos). Ia Merdeka bagi kita semua,” kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Ipoh.

“Pada 31 Ogos, Pakatan Rakyat akan tetap mempunyai 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kami akan menyambut hari kemerdekaan yang sebenar,” tambah beliau.

Menteri Besar itu menekankan, esok sebenarnya merupakan hari kemerdekaan yang sebenar bagi rakyat negeri Perak.

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya membentuk kerajaan baru – kerajaan campuran – selepas menang 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya mampu menguasai 28 kerusi. Pembangkang turut menang di 11 kerusi Parlimen manakala BN memperoleh 13 kerusi.

Awal bulan ini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali
melahirkan keyakinan bahawa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu akan jatuh menjelang sambutan Hari Kemerdekaan yang jatuh esok.

Bulan lalu, beliau yang juga Pengerusi BN Perak mengharapkan lebih daripada dua ADUN Pakatan Rakyat akan menyertai BN.

Malah akhir bulan lalu, Tajol Rosli ada menawarkan jawatan Menteri Besar kepada PAS jika bersedia untuk membentuk kerajaan campuran dengan BN.

Nizar merupakan wakil PAS dan dilantik sebagai Menteri Besar.

Turut ditawarkan ialah tiga ataupun empat jawatan Exco kepada parti tersebut.

Selepas tanggal 31 Ogos, rakyat akan menanti sama ada sasaran Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai tarikh 16 September membentuk kerajaan baru persekutuan akan menjadi kenyataan.

Advertisement

One Response to “Kerajaan pakatan rakyat Perak tumbang 31 ogos”

  1. Rokiah Ronggeng said

    Haaa nak sangat main lompat2 kan.
    Suke sangat nak suruh org lompat sana sini kan.
    Dari tahun lepas dok sebok2 suh org lompat kan.
    Skang nie org dah lompat.. sudah lah. ape lagi tak puas hati?

    Terkene ngan GAME sendiri, lepas tuh mau buat perhimpunan resakser pulak.

    Saudara DSAI, sudah2 la tuh berpolitik, March election sudah habis, sudah tamat waktu berpolitik, skang ni waktu kerja, waktu untuk pembangunan insan dan negara.
    Rakyat Mau cari makan, suap anak bini, kumpul duit utk masa depan keluarga.

    Kalau asyik2 nak berpolitik, skit2 nak pilihanrraya, skit2 nak bagi mandat. Mandat dibagi pun tatau jaga.

    DSAI salu berkata dalam ceramah2nya, insyallah with gods willing semuanya akan berjaya. Dan Alhamdulillah dengan keizinan ilahi semua ini telah berlaku. Segala petanda2 ini saya pandang positif kerana permainan kotor Anwar sendiri terkene batang hidungya sendri.

    Memang sesuai dengan pepatah melayu

    YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN

    p/s: oi sudah2 la politik tuh, bila mau buat kerja? Kami Rakyat Mau Cari Makan Utk diri keluar masyarakat dan masa depan.

    dengan ucapan main la lompat2 lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.