De Hati Malaysia

Untuk Tanahair Tercinta

Gerakan ulangi mungkin keluar BN, MCA mahu kekal

Posted by dehati on September 7, 2008

Dari mStar Online

KUALA LUMPUR: Gerakan mengulangi akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika ia tidak dapat memainkan peranan “yang bermakna” dalam perikatan berusia lebih lima dekad itu, kata Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Gerakan sedang menyemak semula peranannya dalam BN, kata beliau dua hari selepas menyatakan pandangan sedemikian di Kelantan.

Kelmarin, kata beliau, Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN sekiranya partiparti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakya.

Di Kota Baharu kelmarin, sambil menegaskan Gerakan bukan parti “pak turut” dalam BN, Koh bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan tergesagesa dalam tindakannya dan akan memberi “tempoh munasabah” sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beliau yang menghadiri persidangan tahunan Gerakan Selangor hari ini, Koh memberitahu, parti itu akan terus mendesak agar BN melakukan perubahan dan pembaharuan berdasarkan realiti politik semasa serta jangan mengamalkan politik yang bersifst perkauman.

“Lihat simbol BN ialah dacing, ia menunjukkan satu konsep adil dan saksama, ia hendaklah diamalkan dalam semua bidang. Ia semangat asal BN dari dulu,” katanya.

Menegaskan semula bahawa parti itu bukanlah “pak turut” kepada BN, dan tidak akan bersikap sedemikan, Koh berkata, beliau mahu Gerakan dibawa berunding dengan lebih kerap sebagai rakan yang setara dalam membuat dasar dan keputusan di negara ini.

“Kami bukanlah ‘pak turut’ kepada BN secara sewenangwenangnya tanpa mempunyai apaapa peranan bermakna untuk dilaksanakan.

“Namun kami akan pertimbangkan, daripada segi dasar keseluruhan, apa yang kami boleh lakukan untuk rakyat, perpaduan, ekonomi dan negara. Kami akan mengambil kira peranan yang kami ada.

“Adakah kami mempunyai peranan yang bermakna untuk dilaksanakan? Ya. Saya fikir adalah wajar untuk kami mengkaji semula kedudukan kami dalam BN. Saya fikir ia sesuatu yang wajar untuk dilakukan, untuk mengkaji semula (hubungan). Ia bukan untuk memberi tamparan kepada rakan kami dalam BN. Kami bukanlah tidak bertanggungjawab,” katanya.

Ditanya sama ada beliau gembira dengan kedudukan parti itu sekarang dalam BN, beliau berkata “Tidak terlalu gembira dan bukanlah tidak gembira sangat sehinggakan kami segera meninggalkan BN.

Semalam, Timbalan Perdana Menetri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno yang menjadi tunjang kepada kerajaan BN akan tetap menganggap warganegara Malaysia yang bukan Melayu sebagai rakan kongsi dalam memajukan negara dan hak mereka akan tetap dipelihara.

Sekalipun pelbagai pihak menyuarakan pelbagai pendapat berhubung isu “memohon maaf” berikutan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail mengenai dakwaannya terhadap masyarakat Cina, Timbalan Pengerusi BN itu menegaskan, apa yang penting ialah dasar Umno terhadap kaum lain di negara ini.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, Gerakan akan terus mendesak agar BN menggubal kod etika dan membentuk lembaga disiplin bagi memastikan anggota parti gabungan itu tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan anggota lain.

Beliau juga meminta Dewan Tertinggi BN memanggil mesyuarat dengan secepat mungkin bagi membincangkan perkara itu memandangkan perasaan tidak puas hati semakin meningkat di peringkat akar umbi berikutan kenyataan Ahmad yang dianggap oleh Gerakan dan MCA sebagai bersifat perkauman.

BN tidak mempunyai mekanisme tatatertib bagi mengawal tatalaku anggotanya walaupun semua parti komponennya mempunyai lembaga disiplin masingmasing. Dewan Tertinggi BN dijangka bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan perkara itu.

“Kami perlu ada prosedur yang jelas dan tegas bagi menangani perkara seperti itu dengan berkesan. Ia mestilah sesuatu yang mengatasi segalanya (pelembagaan setiap parti).

“Oleh itu, saya mencadangkan agar Dewan Tertinggi BN bermesyuarat dengan secepat mungkin, sekurang-kurangnya untuk mencapai persetujuan pada dasarnya, untuk merangka kod etika bagi parti gabungan ini,” kata Koh.

Dalam pada itu, di Ipoh, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini berkata, tidak ada sebab untuk parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) seperti mana gesaan daripada anggota akar umbinya.

Beliau berkata, MCA bukanlah ‘orang luar’, sebaliknya bersama-sama Umno dan MIC sebagai pengasas kepada pembentukan parti Perikatan yang kini dikenali sebagai BN.

“Maka sebab itu sekiranya terdapat sebarang masalah, kita perlu menyelesaikannya bersama-sama. Itulah semangat yang patut kita ada dan bukannya membangkitkan soal menarik diri daripada BN. Menarik diri tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pada ketika ini perpaduan dalam kalangan parti komponen BN lebih penting daripada bercakaran sesama sendiri, apatah lagi dengan dakwaan pihak tertentu kerajaan BN akan ditumbangkan menjelang 16 September ini.

“Sebenarnya bukan orang lain yang akan menumbangkan kita sebaliknya kita (BN) sendiri yang akan menumbangkan diri kita. Kita perlu ambil pengajaran daripada perkara itu.

“Berhenti bergaduh, berhenti membangkitkan isuisu yang boleh melukakan hati pihak lain dan bekerjalah secara berpasukan mencakupi konteks rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.
Sementara itu di KUALA KANGSAR, Timbalan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin berharap sebarang masalah yang timbul akibat beberapa isu kebelakangan ini yang telah dipolitikkan oleh pihak tertentu akan dapat diselasaikan dalam semangat muhibah BN.

“Tidak perlu ada kata dua daripada manamana parti dalam BN untuk keluar daripada BN. Kita telah berada dalam gabungan ini lebih dari 50 tahun dan saya percaya masalah ini dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita di Masjid Taman Kuala Kangsar malam semalam.

Beliau turut menasihatkan agar semua pihak yang berkaitan berhatihati dan tidak terlanjur kata dalam usaha memancing undi ketika menghadapi musim pemilihan parti masingmasing.

“Jangan kerana kita terlalu hendak memancing undi dalam pemilihan parti kita sendiri, kita sanggup keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam BN. (Pemuda) Umno akan menghadapi pemilihan juga dan janganlah kita keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan kita dengan parti komponen yang lain.

“Sama juga dengan Pemuda MCA, jangan kerana hendak jadi hero dalam parti sendiri maka keluarkan kenyataan yang boleh mengguris perasaan kawankawan yang lain dalam BN,” katanya.

Semalam bekas Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Han Chin Peng dan bekas Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng menggesa pucuk pimpinan MCA supaya menimbangkan untuk keluar daripada BN

Leave a comment